Assalamualaikum kita dahulukan ,
Untuk rakan taulan sekalian ,
Hari ini awal Ramadhan ,
Salah dan silap harap dimaafkan :)
cewahh , nak berpantun pulak kita harini -.- haha . heyy guys ! kita ada satu cerita tau , bukan gosip kayy tapi cerita benar -.- tak kira la best ke tak , kita nak cewitaa jugak . lol xD
Pada suatu petang yang indah , time tu si gadis tengah sibuk menolong mak dia kat dapur . tetiba lagu 'Mr.Simple' berkumandang . "ish siapa pulak yang mesej aku ni?" , gadis tu membebel sorang sorang . dia pun buka laa mesej tu :
Unknown : weh , aku tunggu kau kat padang pukul 5 lebih tau .
Gadis : ni siapa ?
Unknown : ni **** kan ?
Gadis : salah num ni , sorry bye .
Unknown : weh jangan lah main main . ni siapa ? lelaki ke perempuan ?
Gadis : aduh siapa pulak yang main main ni ! perempuan la .
Unknown : weh tak payah la nak tipu , cakap la betul betul ni siapa !
Gadis : betul lah perempuan ! ada ka lelaki nama ____ ? err .
handphone si gadis senyap seketika . "tahu pulak taknak reply , tak percaya cakap aku kan ! hambek kau , err" , seloroh gadis tu . then petang tu dalam pukul 6lebih , si gadis dapat mesej lagi . ahhh , dari 'unknown' ! dalam keadaan yang tak puas hati , si gadis bukak juga text tu . kalau ikutkan hati , mahu delete terus je .
Unknown : eh betul lah cakap awak , saya yang silap num tadi . sorry !
Gadis tu berfikir sama ada patut ataupun tidak dia membalas mesej tu . akhirnya . . .
Gadis : haa kan betul salah num , itu laa tak percaya lagi kan . takpe takpe :)
Unknown : ye saya minta maaf . btw , nama awak siapa ?
Gadis : bagi 10 sebab kenapa saya kena bagitahu nama saya kat awak ?
Unknown : first , saja nak berkenalan dengan awak . yang lagi sembilan tu , nanti la saya bagi . hahaha ~
dan bermula lah pengenalan antara si gadis dengan si 'unknown' . hari demi hari mereka terus berhubung dan mengenali antara satu sama lain . timbul rasa yang asing bagi si gadis , namun si gadis hanya menyembunyikan perasaan nya kerana dia tahu perkara itu mustahil . sampai lah pada suatu malam , si 'unknown' memberi petanda seolah olah dia juga menyimpan perasaan yang sama seperti si gadis . akhirnyaa , si 'unknown' menyatakan isi hati dan harapan nya untuk menjadikan si gadis seseorang yang istimewa dalam hidup nyaa . bagaimana cara nyaa ? ohh itu top secret okayy :p hanya Allah , si gadis dan si 'unknown' saja yang tahu .
yeahh , terserlah muka bahagia antara kedua dua insan ini . mereka menyulam kasih dan makin hari makin kuat lah cinta antara mereka . ketika itu , berbagai janji yang telah dibuat dan kata kata manis juga sering didengari . pelbagai halangan yang mereka tempuh bersama . tidak kira laa sama ada suka duka dan rahsia , semua dikongsi bersama .
**bersambung** .
No comments:
Post a Comment