Sunday, July 22, 2012

PART II (ngaumm)

Unknown : weh **** , emas dah ada depan mata tu . amek jelaa woah ! kalau kau taknak , aku nak dohh ! jangan lepaskan peluang , bukan senang nak dapat dia . haha .

dia ni salah hantar text ke apa . tapi siapa yang dieorg maksudkan ? macam macam persoalan yang terlintas di dalam fikiran si gadis . lalu dia pun membalas mesej tersebut .

Gadis : salah sent text eh ? siapa dia tu ?
Unknown : ha'ah . hm kawan sekolah .
Gadis : siapa dia ?
Unknown : dia kira budak perempuan paling hot kat sekolah saya . ramai yang nakkan dia .
Gadis : okay  .*cemburu sebenarnya*
Unknown : hm mula mula dia text saya , masa tu saya tak tahu itu dia . so saya termarah dia sebab tetiba text saya . then dia pegi text **** . dia cakap saya marah dia tadi . saya ingat dia suka **** . tiba tiba dia cakap kat **** yang dia suka saya . saya terkejut laa , haha .
Gadis : awak suka dia ?
Unknown : hm dulu saya suka dia . tapi sekarang ni kan dah ada awak . eh saya text dia tau ! nak minta maaf balik sebab marah dia tadi .
Gadis : okay .

si gadis mula rasa tidak sedap hati . namun dibiarkan sahaja perkara itu berlalu . malas hendak cemburu tak bertempat . then , petang tu si unknown bagitahu si gadis yang dia nak pegi main bola . ketika itu pula si gadis ada di rumah sedang merapati sahabat baiknya ketika mengantuk iaitu katil , bantal dan selimut . ketika mata si gadis hampir terlelap , dia menerima mesej dari buah hatinya lalu membukanya :

Unknown : weii , kau lupakan jela 'unknown' . buang masa je kau tunggu dia ! budak yang suka dia tu ada kat padang sekarang ni .
Gadis : ni siapa ? aku takkan percaya selagi tak keluar dari mulut dia .
Unknown : aku kawan dia . wei baru couple tak sampai seminggu takkan laa dia nak tunjuk belang kot . kau ni percayakan dia sangat . lupakan dia !

*si gadis tidak membalas kerana keliru dan sedih*

Unknown : *forward text yang si unknown hantar kepada orang yang menyukainya itu sebelum si unknown pergi ke padang* . so dah percaya sekarang ? dah la , lupakan dia .

si gadis tidak dapat mengawal emosi lalu mematikan handphone . selang beberapa minit selepas itu , si gadis membuka handphone nya semula kerana inginkan penjelasan . dia menerima mesej dari si unknown :

Unknown : hai sayang :)
Gadis : hai :) eh budak yang suka awak tu ada kat situ eh ?
Unknown : hm ha'ah . dia datang padang jugak .
Gadis : oh okay ! .
Unknown : kenapa awak tak ikut je cakap dieorg ? lupakan saya .
Gadis : tak semudah tu saya nak lupakan awak . nak tolong umi tanam pokok kejap . nanti sambung kayy
Unknown : awak macam tak jealous je tengok saya dengan dia kan . jujur la , sebenarnya awak sayang saya ke tak ?
Gadis : ye , saya sayang awak . tapi saya tak suka tuduh melulu , cemburu tak bertempat . saya perlukan penjelasan .
Unknown : apa kata kita break je . saya janji takkan couple dengan dia .
Unknown : betul eh awak setuju nak break ?

dengan perasaan sebak yang menggunung , si gadis menangis semahunya . tidak semudah yang disangka untuk dia menerima hakikat ini . mungkin salah si gadis juga kerana tidak menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan si unknown dengan membiarkan sahaja si unknown berkawan dengan orang yang menyukainya . tetapi jodoh memihak kepada mereka dan akhirnya mereka berbaik semula :') janji mereka berdua :

"sayang , saya minta maaf . saya takkan tinggalkan awak , saya janji ! dan saya jugak berjanji akan cintakan awak sorang ."

di dalam suatu perhubungan , tak semestinya sentiasa indah . ada kalanya pahit juga . kita kena bijak menempuh dugaan yang akan mendatang . yeahh untuk mendapat hubungan yang indah -> perlulah ada seorang yang mempercayai dan lagi seorang memahami :)

**bersambung**

thankyou

Saturday, July 21, 2012

PART I

Assalamualaikum kita dahulukan ,
Untuk rakan taulan sekalian ,
Hari ini awal Ramadhan ,
Salah dan silap harap dimaafkan :)

cewahh , nak berpantun pulak kita harini -.- haha . heyy guys ! kita ada satu cerita tau , bukan gosip kayy tapi cerita benar -.- tak kira la best ke tak , kita nak cewitaa jugak . lol xD

Pada suatu petang yang indah , time tu si gadis tengah sibuk menolong mak dia kat dapur . tetiba lagu 'Mr.Simple' berkumandang . "ish siapa pulak yang mesej aku ni?" , gadis tu membebel sorang sorang . dia pun buka laa mesej tu :

Unknown : weh , aku tunggu kau kat padang pukul 5 lebih tau .
Gadis : ni siapa ?
Unknown : ni **** kan ?
Gadis : salah num ni , sorry bye .
Unknown : weh jangan lah main main . ni siapa ? lelaki ke perempuan ?
Gadis : aduh siapa pulak yang main main ni ! perempuan la .
Unknown : weh tak payah la nak tipu , cakap la betul betul ni siapa !
Gadis : betul lah perempuan ! ada ka lelaki nama ____ ? err .

handphone si gadis senyap seketika . "tahu pulak taknak reply , tak percaya cakap aku kan ! hambek kau , err" , seloroh gadis tu . then petang tu dalam pukul 6lebih , si gadis dapat mesej lagi . ahhh , dari 'unknown' ! dalam keadaan yang tak puas hati , si gadis bukak juga text tu . kalau ikutkan hati , mahu delete terus je .

Unknown : eh betul lah cakap awak , saya yang silap num tadi . sorry !

Gadis tu berfikir sama ada patut ataupun tidak dia membalas mesej tu . akhirnya . . .

Gadis : haa kan betul salah num , itu laa tak percaya lagi kan . takpe takpe :)
Unknown : ye saya minta maaf . btw , nama awak siapa ?
Gadis : bagi 10 sebab kenapa saya kena bagitahu nama saya kat awak ?
Unknown : first , saja nak berkenalan dengan awak . yang lagi sembilan tu , nanti la saya bagi . hahaha ~

dan bermula lah pengenalan antara si gadis dengan si 'unknown' . hari demi hari mereka terus berhubung dan mengenali antara satu sama lain . timbul rasa yang asing bagi si gadis , namun si gadis hanya menyembunyikan perasaan nya kerana dia tahu perkara itu mustahil . sampai lah pada suatu malam , si 'unknown' memberi petanda seolah olah dia juga menyimpan perasaan yang sama seperti si gadis . akhirnyaa , si 'unknown' menyatakan isi hati dan harapan nya untuk menjadikan si gadis seseorang yang istimewa dalam hidup nyaa . bagaimana cara nyaa ? ohh itu top secret okayy :p hanya Allah , si gadis dan si 'unknown' saja yang tahu .

yeahh , terserlah muka bahagia antara kedua dua insan ini . mereka menyulam kasih dan makin hari makin kuat lah cinta antara mereka . ketika itu , berbagai janji yang telah dibuat dan kata kata manis juga sering didengari . pelbagai halangan yang mereka tempuh bersama . tidak kira laa sama ada suka duka dan rahsia , semua dikongsi bersama . 

**bersambung**

thankyou

Monday, July 16, 2012

ini namanya sahabat :)

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

heyy , I can't promise you that I will be the best friend you've ever had , but I will promise you one thing -> I'll make you happy as long as I call you my best friend :)



nadiah nadhirah , nur aishah , manja shafinaz , wan aida aqilah

heyy kawan , kita dah kenal dari tadika lagi kan ? aww suka suka ^^ haha . okay yang kita maksud kan ialah nadiah nadhirah bt roslan <- dia jiran kita merangkap bestfriend kita . dari tadika lagi kita dah kenal tapi time tu kita berlagak sikit la , kan nad ? then masuk sekolah rendah , dia balik tumpang kita . time tu pun kita sombong lagi dengan dia . kesian kau nad  -.- hoho . time sekolah menengah pulak , baru lah kami mula bertegur tegur dan mula rapat . jyeahhh xD itu lah kisah kami .

haa kalau masa form 1 kita tak rapat , kita tak rasa kita dengan dia boleh jadi bestfriend sampai sekarang tau ! okay yang dimaksudkan ialah nur aishah bt ayub <- best friend kita juga . hee :) dia ni kita kenal time form 1 . masa tu dia ada geng sendiri -.- satu hari tu budak sebelah dia tak datang , so kita duduk la sebelah dia . then kiteorg borak borak . esok nyaa kita ajak dia duduk dengan kita , dan akhirnya dia duduk sebelah kita dan kami jadi rapat xD

haa mereka ni masa awal tahun form 3 baru berkenalan dengan rapat , mereka ni bagai isi dengan kuku woah -.- tak boleh dipisahkan ! haha . okay yang dimaksudkan ialah manja shafinaz bt noor kharuddin dan wan aida aqilah bt wan dohari <-bestfriend saya yang chubby lagi cantik . hoho . kita mula kenal mereka dari form1 , tapi kenal kenal cenggitu jela sebab nadiah dan mereka satu group . sampai satu masa , kita mula bertegur dan bergurau senda dengan mereka dan secara automatik boleh jadi rapat . yeahh kami satu kepala woahh xD hee .

and the ending , kami berlima jadi satu group yang sangat rapat :') aww terharu . haha . yeahh , maybe kiteorang selalu gaduh atau ada perselisihan faham -.- tapi selagi ada niat untuk bersama , InsyaAllah friendship ni akan kekal sampai bila bila . 


siti suraya

fuhh , kalau kita tak pegi kem prs (pembimbing rakan sebaya) tahun lepas , kita rasa memang kita takkan tegur dia ni . okay gerangan yang dimaksudkan ialah cik siti suraya bt yahya <- juga bestfriend kita <3 haa kiteorang kenal masa pergi kem prs dekat UIA . time tu kita yang tegur dia dulu tau . tapi dia ada bagitahu kita haritu , dia still ingat ayat first masa kita nak tegur dia . nak tahu apa ? okay kelakar jugak laa . ni haa -> 'eh tudung okay tak ?' amboi , first time tegur terus tanya tudung okay ke tak ! haha apa pun tak boleh xD then baru lah kiteorg kenal kenal dan tetiba boleh jadi rapat . oh yeahhh !

dan akhirnya kami menjadi bestfriend . sudah menjadi lumrah , dalam persahabatan sering ada pergaduhan tetapi kita boleh cuba atasi masalah itu kan ? bukan give up dan terus down . mesti ada jalan nak settlekan masalah . yeahh , aku sengaja je taknak tegur kau -.- sentap woah ! haha :D 15 July haritu cukup setahun , saja nak mogok dengan kau . kbyee hoho ~


okayy kita stop sampai sini jelaa . nanti kita tulis lagi , nak buat hw woahh xD hoho . heyy korang korang yang di atas ni , aku sayang korang tau ! aku minta maaf kalau dah banyak sakitkan hati korang . takde niat pun weh , serious ! sorry , and byee . Assalamualaikum ~



thankyou

Wednesday, July 4, 2012

ngaumm :3


Assalamualaikum , heyy guys ! okay 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 ,29 , 30 , 31 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 . woahh , lama tak lama jugak laa kita tak update blog :) kesah pulak korang kalau kita update ke tak , kann ? ngaumm haha . ehem , bila dah nampak kita tulis num banyak banyak tu , dah confirm la ada hari special kan ? apaa , dah tahu ? alaaaa :( baru nak buat suspens . huuhuu -.-

03072012

wahh , apa kat atas ni ? -.- kat atas ni ada tarikh laa , itu pun tak tahu ke ? aduhh , apa pun tak boleh . haha ! mesti korang tertanya tanya 'apa kena laa minah ni nak tulis tarikh bagai' , kan kan ? weewee ^^ haa kalau kita dah tulis tarikh , ada la nak cewitaa cewitaa sikit . kalau nak baca , silakan . kalau taknak , boleh jalannnn ! hewhew . kay sambung balik pasal tarikh ni , ehem ehem dah 5bulan wehh *terharu kita >.< ahh macam tak percaya tapi kena percaya walaupun susah nak percaya tapi tolonglah percaya :)

hubungan yang indah dan direstui Allah adalah hubungan yang paling banyak menerima dugaan <3 untuk dapat hubungan yang indah , perlulah ada seorang yang percaya dan seorang lagi memahami pasangannya :)

oh yeahh sayang , ni semua ayat kau ! aku curi lepastu edit edit sikit , ngaumm haha ~ sekarang ni banyak dugaan yang kita hadapi kan ? maknanyaa hubungan kita ni indah lah . yeayy yeayy , lol xD gendut , aku harap segala dugaan yang mendatang kita boleh atasi dan cuba perbaiki supaya hubungan kita lebih ceria macam astro ceriaa :') lol . dan aku harap kita takkan jemu pertahankan relay kita , okayy ? i do love you sayang .
percaya kan aku yang aku akan cuba memahami kau syafeq :*

I already locked you in my heart -.- now the key is missing ! but , I'm happy because you are safe in my heart <3

wahhh , nak speaking jugak ni -.- nak improve english kita leww ! haha . capital S , aku dah kunci kau dalam hati aku . kau tak boleh lari dah , padan muka :p lol . orang kata , cinta ni bukan melemahkan tapi membangkitkan  . dan aku harap cinta kau dapat menaikkan semangat aku masa aku jatuh . me love you , meoww haha :)

khas untuk buah hati pengarang jantung kita sorang ni ! buka mata , hati dan baca . okay sayang , ngaumm haha -->

happy 5months anniversary dear :') kau banyak berkorban untuk relationship ni , kau sabar dengan aku , kau buat apa je supaya aku happy walaupun kau yang terseksa -.- yeahh thanks for evrything sayang ! serious aku rasa serba salah dengan kau :'( aku minta maaf sangat sangat . honestly I miss the old days , the old you and the old us sayang T.T aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan balik hati kau . aku nak kau tahu yang aku terlalu cinta dan sayangkan kau . dan satu hari nanti aku akan buktikan weh , InsyaAllah ~

the most beautiful word in the English language is YOU <3 imissloveneedyou .

from :gemuk
to :gendut omeyy <3 

#yeah sebelum terlupa , harini hari NISFU SYAABAN . so , di sini saya fara elya dengan seikhlas hati meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan kata-kata , perbuatan dan segala apa yang saya lakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja :)



thankyou