Monday, December 3, 2012

Hye Awak Awak Awak dan Awak ;*

Assalamualaikum , fuyoo sebulan aku tak update blog . wahh berhabuk lah blog aku macam ni -.- takpe takpe , nanti aku bersihkan yaa dear blog :) haha takde kerja . so korang apa cerita ? sihat ? eh nak ucap jugak ni , Selamat Bercuti kawan ! cuti ni jaga diri okay ? aku taknak dengar cerita yang tak best dari kawan kawan aku bila naik sekolah nanti . faham ? ngee . 

haa banyak cerita sebenarnya , cuma penyakit malas dah datang . memang tak boleh buat apa lah , hehe ~ takpe , walaupun dah lepas aku nak cerita juga . nak baca silakan :) kalau taknak , tekan pangkah dekat atas tu okay ? lol :3 kita start with Awesome November dulu lah yaa ? then terus masuk Disember .

3rd of November :)


tahu apa yang berlaku kalau dah ada angka 3 di depan ? aww . Alhamdulillah dah 9 bulan bersama :/ okay serious rasa sekejap ! dah nama pun sayang kan , hikhik . like seriously dia seorang yang sangat memahami dan sanggup berkorban walaupun sebenarnya dia terasa hati . thanks for everything dear :) saya sayang awak lah gendut ! selama 9 bulan ni , apa pendapat awak tentang saya wahai cik capital S ? cehh haha . tak payah jawab , nanti saya check cctv dalam hati awak ;) made in bangladesh tau , negara sedara awak kan ? ngee gurau gurau ~

actually 2 November 2012 aku dapat something . dia post hadiah . aww terharu mak jemahh ;) haha . nak tahu dia bagi apa ? eh rahsia lah -.- tapi aku sure classmate aku tahu . kan kan kann ? lol . haa dia bagi sempena birthday aku dan juga anniversary kiteorg . pelik kenapa dia hantar awal ? haa sebab dia kena pergi vietnam dua minggu , sedih k sedih !

9th of November :)


haa dia pergi vietnam 9 haribulan ni lah . dia pergi sebab ada kerja fotografi kat sana :)  tak silap aku lah , dia cakap 24 November dia balik . lama tu dua minggu , time birthday pun takde -.- errr sedih tau mak jemah , haha ! sepanjang dia kat sana , suraya yahya banyak teman aku dan dan feq ada suruh sorang kawan baik dunia akhirat dia teman aku -> Ahmad Khamil *fuyoo ada nama amad ahh :P* haha okay sambung . hari hari okay kira dekat kalendar berapa hari lagi dia nak balik :/

19th of November :)

kita cerita sehari sebelum dulu lah . haa masa 18 November dalam pukul 11 lebih dapat text . omg , dari dia dari dia dari dia !! rasanya ada lagi 5 hari tapi dia balik awal , nak teman aku katanya :) ngee tahu tak aku dah senyum sorang sorang macam orang gila . aww haha <3 satu soalan dia yang aku tak jawab lagi sampai sekarang . baru nak jawab ni . sayang , awak orang first yang wish birthday saya dalam phone okay :* thanks untuk hadiah tu .

First , thanks kepada umi dengan ayah dengan abang dengan akak sebab bagi hadiah tu . adik hargai sangat ! Second , thanks to cik suraya yahya untuk hadiah yang best tu ! suraya , aku seronok kau bagi hadiah cuma tak terluah je :) serious suraya , terima kasih . thanks jugak aishah sebab bagi buku Biologi . cehh macam tahu tahu je aku tak minat subjek tu . haha terima kasih . eh tak lupa juga untuk Cikgu Rasidah sebab belanja makan ;) ceh macam aku sorang je cikgu belanja , lol .

3rd of Disember :)

haaa 3 Disember tu harini lah kan ? yeahh sekejap je masa berlalu . dah 10 bulan :) Alhamdulillah . please pray for us okay ? jangan ada sesiapa berani kacau . lu kacau , mak jemah tembak guna pisau . cehh nampak tak permainannya ? jeng jeng jeng . yeah mungkin orang cakap bercinta sekarang tak ke mana pun -.- tapi bagi aku tak . Allah dah tetapkan jodoh kita dan mungkin sekarang ni kita dah jumpa orangnya . siapa tahu kan ?  dan kita juga kena bijak menjaga batas pergaulan .

okay ni untuk dia , so yang lain sila tutup mata okay ? yeahh good , haha -> Happy 10th Months Anniversary sayang ! awak thanks for everything sepanjang kita bersama . thanks sebab bersabar melayan saya :) and sorry sebab banyak buat awak terasa , sakit hati . haih saya sayang awak tau ! ingat tu . stay strong dear . walau apa pun halangan , kita tempuh sama sama okay ? we always need and completing each other . iloveyousomuch capital S <3




thankyou

Sunday, October 14, 2012

All About You Sayang

Assalamualaikum . heyy , lama dah tak update blog :) banyak sebenarnya cerita , tapi tak mampu diluahkan dengan kata-kata . cehh , ayat makan dalam je kan ? haha . okay kita mulakan masa awal bulan Oktober . oh yeahhh :D 

3 of October 2012
ada dua perkara terjadi masa tarikh ni . satu suka , satu duka :'(

Happy Eight Months Anniversary Dear Syafeq <3

Alhamdulillah kita still sama sama sampai sekarang kan sayang :) dan aku harap kita akan kekal macamni sampai 9tahun akan datang , tau tau ? *ceh harapan kemainn tinggi lagi* haha . Hey boy , just wanna say thanks for everything . Mungkin orang lain tak nampak pengorbanan kau , tapi kan tapi kan , aku nampak ! Sejujurnya aku dah mula rasa serba salah yang teramat sangat dengan kau . Yeah kau banyak berubah sayang :) kau cuba nak jadi yang terbaik . sumpah aku terharu sangat T.T aku akan hargai semua ni . Aku minta maaf kalau aku tak boleh jadi yang terbaik tapi aku cuba feq . And most important , I will accept you just the way you are baby boo ~
I truly love you capital S :*

Pagi tu dalam pukul sebelas lebih , aku dapat text yang mengatakan mak feq tak dapat diselamatkan :'( YaAllah , perasaan memang tak payah cakap lah , risau campur sedih campur terkilan . Ish semua ada lah . Sayang , kau kena kuat dut . Percaya pada ketentuan Tuhan , ada hikmah disebalik semua ni . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman , Al-Fatihah ~

4 of October 2012
Hari yang istimewa untuk si dia ;)

HAPPY BELATED BIRTHDAY MUHD SYAFEQ <3


Hey Birthday Boy , Selamat Hari Jadi yang ke-16 . Saya doakan semoga awak panjang umur dan dapat menjaga keluarga dengan baik . Tiap hari berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada awak untuk mengharungi kehidupan yang mendatang dengan tenang :) Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan hamba-Nya dan Dia juga menguji kerana Dia sayang akan hamba-Nya . Awak , saya akan sentiasa ada buat awak . Itu janji saya ! 

MeLoveYouTillJannah .

thankyou

Friday, September 14, 2012

143 :')

aku rindu nak kenakan kau , aku rindu nak meoww meoww dengan kau :'( semua tentang kau aku rindu . huwaaaa aku text kawan kau , tapi dia tak reply . aku risau wehh ! haih . jangan buat aku macam ni . at least bagitahu keadaan kau pun dah cukup :( tolong lah . aku rasa hilang sesuatu harini -.- yeahh kosong , sekosong -kosongnya . kau kena kuat yaa , aku ada dengan kau walau apa keadaan sekalipun . and jangan tinggalkan aku tau . ahhhh aku rindu kau , kau dan kau T.T

thankyou

Tuesday, September 4, 2012

I Miss You

Happy Seventh Month Anniversary Dear Syafeq <3

I Love You , 3 words that make me happy and make my life more joyful :') I just want you to know there's no pain when you always beside me dear <3



"The easiest thing in life is to love someone but the hardest part is to finding someone who love you back"
hey babyy boo you've stole my heart away and I've stole your heart too :') 
so nobody can stole our heart , only YOU and ME .
Every Hour , Every Minute , Every Second , it make my Love getting stronger for you sayang . nak tahu sesuatu tak ? dengan satu text sahaja , kau dapat buat aku tersenyum . yeah walaupun hanya sekadar -> :) . sekurang-kurangnya aku dapat rasa yang kau selalu ada dekat dengan aku , kau ambil berat pasal aku dan kau tak biar kan aku sorang sorang ^^

perkenalan kita mungkin pelik , tapi best sayang ! haha . cerita kita bermula dari kau salah num . mula mula aku tak layan kau kan . saja jual mahal -.- hewhew . then kita texting , tukar tukar cerita . kita macam dah kenal antara satu sama lain kan , rapat semacam je ~ hee . after that , kita dua dah menggatal dah . tapi kau yang start dulu okayyy :D dan akhirnya kau jadi milik aku dan aku jadi milik kau <3 aku akan cuba pertahankan hubungan ni yang bagi aku sangat indah . macam kau cakap , kita serahkan semua kepada-Nya :) aku berharap kebahagiaan itu akan terus berpihak kepada kita . InsyaAllah .

selama tujuh bulan kita bersama , banyak benda kita dah lalui , pahit , manis , suka , duka :') dan terlalu banyak cabaran yang mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan kita . itu semua lumrah kehidupan kan kan ? ingat satu benda je , kita kena hadapi benda ni sama sama dan macam perjanjian kita . namoo sebut perkataan br**k tu . okay gendut ? dan terima kasih untuk segala galanya :3 iloveyou and only you .

Every supergirl need superman to complete her life <3
Just imagine that I gonna be the supergirl and you is my superman . yeah of course I need you in my life xD and I hope you will accepted me just the way I am and I will do the same thing . Most important thing , I want you to know that I truly love you capital S  :*

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG , SARANGHAE <3

thankyou

Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Mubarak guys :)

Assalamualaikum , heyy guys ! Ramadhan dah pun pegi meninggalkan kita , diganti pula dengan Syawal yang penuh mulia :) So , dengan hati yang tulus ikhlas kita nak minta maaf lah eh kalau ada salah dan silap , terbuat muka kat sekolah , terbuat apa apa jela yang menyakitkan hati .
yeahh banyak dugaan waktu bulan puasa tapi itu semua mengajar kita kesabaran kan kan ? ngaumm haha . hopefully tahun depan boleh merasa lagi puasa time Bulan Ramadhan , InsyaAllah .
okay jom cerita pasal first raya ! yeayy yeayy :3 okay sebenarnya tak semangat pun raya tahun ni . macam tak raya je :( hukhuk . dah lah pagi raya terbangun lambat . nampak tak takde semangat langsung ? bahaha ! umi dengan akak suruh pakai make-up lah , pin yang berjurai jurai tu lah . ahhh sorry lah -.- sentuh makeup pun adik taknak okayy . masa nak tangkap gambar dengan family , tiba tiba dengar makcik cakap . macam kain langsir je *okay tahu makcik gurau* err takpe lah , kami redha . cewahhh haha ~ 
standard lah pagi raya kan ? mesti lah berkumpul ramai ramai and minta maaf . cuba teka aku nangis tak ? ahh gila lah kalau aku tak nangis T.T hewhew . sedih bila ingat balik kesalahan yang mengguriskan hati family ! umi ayah , abang , akak :( adik minta maaf tau tau tau ? adik akan ingat pesan korang <3 iloveyou .
lepas dah settle semua , kiteorg tangkap gambar ramai ramai tapi sorry lah . malas nak upload . lol xD ni lah antara gambarnya -->

#terima kasih bang bagi pinjam tangan , kalau tak dah lama adik jatuh T.T haha . ilovethem <3

#akak senyum macam tak ikhlas . haha gurau gurau . suka gambar ni <3

#eh siapa ni ? kenapa comel sangat . okay tahu kita perasan lebih :* haha . saja gurau gurau hari raya <3

done ! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin . raya datang lah rumah , tapi ada syarat . bak sini duit raya dulu . hikhik ^^ byee .


thankyou

Sunday, August 12, 2012

awak :'(

aku risaukan kau -.- tapi aku tak tahu nak buat apa .
haih aku nak text kau , tapi ada benda yang menghalang .
aku tak boleh fikir apa , aku hanya ingat blog .
terus aku bukak dan update dengan harapan kau akan baca -.-

sayang , dengar cakap aku kayy .
aku tahu kau kuat dan aku yakin kau boleh buat keputusan yang betul .
aku taknak ganggu kau buat masa sekarang ni , aku nak kau rehat .
namoo serabut yaa , aku taknak kau sakit :')
dan aku nak kau tahu , aku sentiasa ada dengan kau sayang .
tak percaya ? pegi hospital then x-ray . confirm ada nama aku .
cehh , poyo je lahh :D haha .

heyy capital S :) aku sayang kau kau dan kau ! imissyou .

#wuuwuu harini birthday cik nadiah nadhirah ! happy birthday kawan . hope kau panjang umur and dimurahkan rezeki :) goodluck spm tahun depan . cehh semangat je wish sekarang . ngaumm haha :/ sayang kau jugak <3


thankyou

Saturday, August 4, 2012

gendut :3



assalamualaikum , heyy guys ! yeah lama tak update , memandangkan tiada kesempatan waktu dan perkara yang tak dapat dielakkan . cewahhh haha ! hari dah masuk hari ke berapa puasa eh ? hmm jap jap nak fikir *kira dekat kalendar* . haaaa harini dah sampai pertengahan bulan Ramadhan laa , Alhamdulillah kita masih dapat merasa bulan yang mulia ni :)

sekarang ni , kita ada satu kerja nak bagi kat korang . first , pegi depan kalendar . second , cari hari first Ramadhan bersamaan 21 Julai . okayy then kira 14 hari start dari situ -.- cepat tau , anda ada 60 saat ! lol :') dah dah ? ahh tipu lettew kalau belum , haha . last sekali , lepas dah kira 14 hari , tengok pulak berapa haribulan . 3.8.2012 kan kan ? wahh ada num 3 kat depan la . faham tak maksud tersurat dan tersirat nya ? hewhew .

03082012

bila dua hati menjadi satu , sebesar mana pun cabaran dan halangan yang mendatang , mereka akan tempuh bersama tanpa penat lelah dan terus menyemai ikatan cinta antara satu sama lain . heyy capital S , happy 6months anniversary sayang :) yeah 6 bulan tu bukan sekejap kan ? tapi semuanya berlalu dengan pantas dan membuatkan kita tak mampu melupakan . ngaumm haha ! banyak benda yang aku belajar dalam perhubungan ni , terima kasih sebab hadir dalam hidup aku . i do love you syafeq <3

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta ,
Yang takdirnya bukan untuk kita ,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta ,
Tanpa berkata atau berpandang mata .

Mungkin aku mencintaimu ,
Walaupun engkau tak pernah tahu ,
Mungkin aku mencintaimu ,
Tanpa lelah ataupun jemu .

I'm sorry but I love you ,
I'm sorry if I miss you ,
Even if I can't have you ,
You know I'll always be there for you :)

gendut , mungkin kau tak nampak lagi cinta aku untuk kau tapi aku takkan pernah jemu untuk bagi kau nampak dan rasa perasaan tu sayang ! hm jodoh semuanya di tangan Tuhan kan -.- Dia dah menentukan mana yang terbaik untuk kita . jika suatu hari nanti kita tiada jodoh , ingat satu benda kayy -> kita akan tetap bersama dan berkongsi cerita suka duka kayy , as bestfriend :) tapi harapan aku supaya kita sama sama jaga relay ni sampai akhir hayat kita , okay !

heyy superman , nak tahu satu rahsia tak ? jeng jeng jeng -> *mana boleh bagitahu , nama pun rahsia kan* -.- haha menggedik je . kita sayang awak sangat gen dut gil la <3 kita tak boleh jadi macam mana yang awak nak , tapi kita akan cuba . kita tak boleh sentiasa puaskan hati awak , tapi kita akan cuba perbaiki kesilapan kita . pegang kata-kata kita kay ! InsyaAllah kita akan buktikan satu hari nanti . again , happy 6months anniversary <3 ilovemissneedyou babyy boo . haha ~
thankyou

Sunday, July 22, 2012

PART II (ngaumm)

Unknown : weh **** , emas dah ada depan mata tu . amek jelaa woah ! kalau kau taknak , aku nak dohh ! jangan lepaskan peluang , bukan senang nak dapat dia . haha .

dia ni salah hantar text ke apa . tapi siapa yang dieorg maksudkan ? macam macam persoalan yang terlintas di dalam fikiran si gadis . lalu dia pun membalas mesej tersebut .

Gadis : salah sent text eh ? siapa dia tu ?
Unknown : ha'ah . hm kawan sekolah .
Gadis : siapa dia ?
Unknown : dia kira budak perempuan paling hot kat sekolah saya . ramai yang nakkan dia .
Gadis : okay  .*cemburu sebenarnya*
Unknown : hm mula mula dia text saya , masa tu saya tak tahu itu dia . so saya termarah dia sebab tetiba text saya . then dia pegi text **** . dia cakap saya marah dia tadi . saya ingat dia suka **** . tiba tiba dia cakap kat **** yang dia suka saya . saya terkejut laa , haha .
Gadis : awak suka dia ?
Unknown : hm dulu saya suka dia . tapi sekarang ni kan dah ada awak . eh saya text dia tau ! nak minta maaf balik sebab marah dia tadi .
Gadis : okay .

si gadis mula rasa tidak sedap hati . namun dibiarkan sahaja perkara itu berlalu . malas hendak cemburu tak bertempat . then , petang tu si unknown bagitahu si gadis yang dia nak pegi main bola . ketika itu pula si gadis ada di rumah sedang merapati sahabat baiknya ketika mengantuk iaitu katil , bantal dan selimut . ketika mata si gadis hampir terlelap , dia menerima mesej dari buah hatinya lalu membukanya :

Unknown : weii , kau lupakan jela 'unknown' . buang masa je kau tunggu dia ! budak yang suka dia tu ada kat padang sekarang ni .
Gadis : ni siapa ? aku takkan percaya selagi tak keluar dari mulut dia .
Unknown : aku kawan dia . wei baru couple tak sampai seminggu takkan laa dia nak tunjuk belang kot . kau ni percayakan dia sangat . lupakan dia !

*si gadis tidak membalas kerana keliru dan sedih*

Unknown : *forward text yang si unknown hantar kepada orang yang menyukainya itu sebelum si unknown pergi ke padang* . so dah percaya sekarang ? dah la , lupakan dia .

si gadis tidak dapat mengawal emosi lalu mematikan handphone . selang beberapa minit selepas itu , si gadis membuka handphone nya semula kerana inginkan penjelasan . dia menerima mesej dari si unknown :

Unknown : hai sayang :)
Gadis : hai :) eh budak yang suka awak tu ada kat situ eh ?
Unknown : hm ha'ah . dia datang padang jugak .
Gadis : oh okay ! .
Unknown : kenapa awak tak ikut je cakap dieorg ? lupakan saya .
Gadis : tak semudah tu saya nak lupakan awak . nak tolong umi tanam pokok kejap . nanti sambung kayy
Unknown : awak macam tak jealous je tengok saya dengan dia kan . jujur la , sebenarnya awak sayang saya ke tak ?
Gadis : ye , saya sayang awak . tapi saya tak suka tuduh melulu , cemburu tak bertempat . saya perlukan penjelasan .
Unknown : apa kata kita break je . saya janji takkan couple dengan dia .
Unknown : betul eh awak setuju nak break ?

dengan perasaan sebak yang menggunung , si gadis menangis semahunya . tidak semudah yang disangka untuk dia menerima hakikat ini . mungkin salah si gadis juga kerana tidak menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan si unknown dengan membiarkan sahaja si unknown berkawan dengan orang yang menyukainya . tetapi jodoh memihak kepada mereka dan akhirnya mereka berbaik semula :') janji mereka berdua :

"sayang , saya minta maaf . saya takkan tinggalkan awak , saya janji ! dan saya jugak berjanji akan cintakan awak sorang ."

di dalam suatu perhubungan , tak semestinya sentiasa indah . ada kalanya pahit juga . kita kena bijak menempuh dugaan yang akan mendatang . yeahh untuk mendapat hubungan yang indah -> perlulah ada seorang yang mempercayai dan lagi seorang memahami :)

**bersambung**

thankyou

Saturday, July 21, 2012

PART I

Assalamualaikum kita dahulukan ,
Untuk rakan taulan sekalian ,
Hari ini awal Ramadhan ,
Salah dan silap harap dimaafkan :)

cewahh , nak berpantun pulak kita harini -.- haha . heyy guys ! kita ada satu cerita tau , bukan gosip kayy tapi cerita benar -.- tak kira la best ke tak , kita nak cewitaa jugak . lol xD

Pada suatu petang yang indah , time tu si gadis tengah sibuk menolong mak dia kat dapur . tetiba lagu 'Mr.Simple' berkumandang . "ish siapa pulak yang mesej aku ni?" , gadis tu membebel sorang sorang . dia pun buka laa mesej tu :

Unknown : weh , aku tunggu kau kat padang pukul 5 lebih tau .
Gadis : ni siapa ?
Unknown : ni **** kan ?
Gadis : salah num ni , sorry bye .
Unknown : weh jangan lah main main . ni siapa ? lelaki ke perempuan ?
Gadis : aduh siapa pulak yang main main ni ! perempuan la .
Unknown : weh tak payah la nak tipu , cakap la betul betul ni siapa !
Gadis : betul lah perempuan ! ada ka lelaki nama ____ ? err .

handphone si gadis senyap seketika . "tahu pulak taknak reply , tak percaya cakap aku kan ! hambek kau , err" , seloroh gadis tu . then petang tu dalam pukul 6lebih , si gadis dapat mesej lagi . ahhh , dari 'unknown' ! dalam keadaan yang tak puas hati , si gadis bukak juga text tu . kalau ikutkan hati , mahu delete terus je .

Unknown : eh betul lah cakap awak , saya yang silap num tadi . sorry !

Gadis tu berfikir sama ada patut ataupun tidak dia membalas mesej tu . akhirnya . . .

Gadis : haa kan betul salah num , itu laa tak percaya lagi kan . takpe takpe :)
Unknown : ye saya minta maaf . btw , nama awak siapa ?
Gadis : bagi 10 sebab kenapa saya kena bagitahu nama saya kat awak ?
Unknown : first , saja nak berkenalan dengan awak . yang lagi sembilan tu , nanti la saya bagi . hahaha ~

dan bermula lah pengenalan antara si gadis dengan si 'unknown' . hari demi hari mereka terus berhubung dan mengenali antara satu sama lain . timbul rasa yang asing bagi si gadis , namun si gadis hanya menyembunyikan perasaan nya kerana dia tahu perkara itu mustahil . sampai lah pada suatu malam , si 'unknown' memberi petanda seolah olah dia juga menyimpan perasaan yang sama seperti si gadis . akhirnyaa , si 'unknown' menyatakan isi hati dan harapan nya untuk menjadikan si gadis seseorang yang istimewa dalam hidup nyaa . bagaimana cara nyaa ? ohh itu top secret okayy :p hanya Allah , si gadis dan si 'unknown' saja yang tahu .

yeahh , terserlah muka bahagia antara kedua dua insan ini . mereka menyulam kasih dan makin hari makin kuat lah cinta antara mereka . ketika itu , berbagai janji yang telah dibuat dan kata kata manis juga sering didengari . pelbagai halangan yang mereka tempuh bersama . tidak kira laa sama ada suka duka dan rahsia , semua dikongsi bersama . 

**bersambung**

thankyou

Monday, July 16, 2012

ini namanya sahabat :)

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

heyy , I can't promise you that I will be the best friend you've ever had , but I will promise you one thing -> I'll make you happy as long as I call you my best friend :)



nadiah nadhirah , nur aishah , manja shafinaz , wan aida aqilah

heyy kawan , kita dah kenal dari tadika lagi kan ? aww suka suka ^^ haha . okay yang kita maksud kan ialah nadiah nadhirah bt roslan <- dia jiran kita merangkap bestfriend kita . dari tadika lagi kita dah kenal tapi time tu kita berlagak sikit la , kan nad ? then masuk sekolah rendah , dia balik tumpang kita . time tu pun kita sombong lagi dengan dia . kesian kau nad  -.- hoho . time sekolah menengah pulak , baru lah kami mula bertegur tegur dan mula rapat . jyeahhh xD itu lah kisah kami .

haa kalau masa form 1 kita tak rapat , kita tak rasa kita dengan dia boleh jadi bestfriend sampai sekarang tau ! okay yang dimaksudkan ialah nur aishah bt ayub <- best friend kita juga . hee :) dia ni kita kenal time form 1 . masa tu dia ada geng sendiri -.- satu hari tu budak sebelah dia tak datang , so kita duduk la sebelah dia . then kiteorg borak borak . esok nyaa kita ajak dia duduk dengan kita , dan akhirnya dia duduk sebelah kita dan kami jadi rapat xD

haa mereka ni masa awal tahun form 3 baru berkenalan dengan rapat , mereka ni bagai isi dengan kuku woah -.- tak boleh dipisahkan ! haha . okay yang dimaksudkan ialah manja shafinaz bt noor kharuddin dan wan aida aqilah bt wan dohari <-bestfriend saya yang chubby lagi cantik . hoho . kita mula kenal mereka dari form1 , tapi kenal kenal cenggitu jela sebab nadiah dan mereka satu group . sampai satu masa , kita mula bertegur dan bergurau senda dengan mereka dan secara automatik boleh jadi rapat . yeahh kami satu kepala woahh xD hee .

and the ending , kami berlima jadi satu group yang sangat rapat :') aww terharu . haha . yeahh , maybe kiteorang selalu gaduh atau ada perselisihan faham -.- tapi selagi ada niat untuk bersama , InsyaAllah friendship ni akan kekal sampai bila bila . 


siti suraya

fuhh , kalau kita tak pegi kem prs (pembimbing rakan sebaya) tahun lepas , kita rasa memang kita takkan tegur dia ni . okay gerangan yang dimaksudkan ialah cik siti suraya bt yahya <- juga bestfriend kita <3 haa kiteorang kenal masa pergi kem prs dekat UIA . time tu kita yang tegur dia dulu tau . tapi dia ada bagitahu kita haritu , dia still ingat ayat first masa kita nak tegur dia . nak tahu apa ? okay kelakar jugak laa . ni haa -> 'eh tudung okay tak ?' amboi , first time tegur terus tanya tudung okay ke tak ! haha apa pun tak boleh xD then baru lah kiteorg kenal kenal dan tetiba boleh jadi rapat . oh yeahhh !

dan akhirnya kami menjadi bestfriend . sudah menjadi lumrah , dalam persahabatan sering ada pergaduhan tetapi kita boleh cuba atasi masalah itu kan ? bukan give up dan terus down . mesti ada jalan nak settlekan masalah . yeahh , aku sengaja je taknak tegur kau -.- sentap woah ! haha :D 15 July haritu cukup setahun , saja nak mogok dengan kau . kbyee hoho ~


okayy kita stop sampai sini jelaa . nanti kita tulis lagi , nak buat hw woahh xD hoho . heyy korang korang yang di atas ni , aku sayang korang tau ! aku minta maaf kalau dah banyak sakitkan hati korang . takde niat pun weh , serious ! sorry , and byee . Assalamualaikum ~



thankyou

Wednesday, July 4, 2012

ngaumm :3


Assalamualaikum , heyy guys ! okay 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 ,29 , 30 , 31 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 . woahh , lama tak lama jugak laa kita tak update blog :) kesah pulak korang kalau kita update ke tak , kann ? ngaumm haha . ehem , bila dah nampak kita tulis num banyak banyak tu , dah confirm la ada hari special kan ? apaa , dah tahu ? alaaaa :( baru nak buat suspens . huuhuu -.-

03072012

wahh , apa kat atas ni ? -.- kat atas ni ada tarikh laa , itu pun tak tahu ke ? aduhh , apa pun tak boleh . haha ! mesti korang tertanya tanya 'apa kena laa minah ni nak tulis tarikh bagai' , kan kan ? weewee ^^ haa kalau kita dah tulis tarikh , ada la nak cewitaa cewitaa sikit . kalau nak baca , silakan . kalau taknak , boleh jalannnn ! hewhew . kay sambung balik pasal tarikh ni , ehem ehem dah 5bulan wehh *terharu kita >.< ahh macam tak percaya tapi kena percaya walaupun susah nak percaya tapi tolonglah percaya :)

hubungan yang indah dan direstui Allah adalah hubungan yang paling banyak menerima dugaan <3 untuk dapat hubungan yang indah , perlulah ada seorang yang percaya dan seorang lagi memahami pasangannya :)

oh yeahh sayang , ni semua ayat kau ! aku curi lepastu edit edit sikit , ngaumm haha ~ sekarang ni banyak dugaan yang kita hadapi kan ? maknanyaa hubungan kita ni indah lah . yeayy yeayy , lol xD gendut , aku harap segala dugaan yang mendatang kita boleh atasi dan cuba perbaiki supaya hubungan kita lebih ceria macam astro ceriaa :') lol . dan aku harap kita takkan jemu pertahankan relay kita , okayy ? i do love you sayang .
percaya kan aku yang aku akan cuba memahami kau syafeq :*

I already locked you in my heart -.- now the key is missing ! but , I'm happy because you are safe in my heart <3

wahhh , nak speaking jugak ni -.- nak improve english kita leww ! haha . capital S , aku dah kunci kau dalam hati aku . kau tak boleh lari dah , padan muka :p lol . orang kata , cinta ni bukan melemahkan tapi membangkitkan  . dan aku harap cinta kau dapat menaikkan semangat aku masa aku jatuh . me love you , meoww haha :)

khas untuk buah hati pengarang jantung kita sorang ni ! buka mata , hati dan baca . okay sayang , ngaumm haha -->

happy 5months anniversary dear :') kau banyak berkorban untuk relationship ni , kau sabar dengan aku , kau buat apa je supaya aku happy walaupun kau yang terseksa -.- yeahh thanks for evrything sayang ! serious aku rasa serba salah dengan kau :'( aku minta maaf sangat sangat . honestly I miss the old days , the old you and the old us sayang T.T aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan balik hati kau . aku nak kau tahu yang aku terlalu cinta dan sayangkan kau . dan satu hari nanti aku akan buktikan weh , InsyaAllah ~

the most beautiful word in the English language is YOU <3 imissloveneedyou .

from :gemuk
to :gendut omeyy <3 

#yeah sebelum terlupa , harini hari NISFU SYAABAN . so , di sini saya fara elya dengan seikhlas hati meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan kata-kata , perbuatan dan segala apa yang saya lakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja :)



thankyou

Saturday, June 16, 2012

fake smile can hide million tears ^^

dalam sebuah perhubungan , tak kira la kawan or kekasih or whatsoever ,
mesti ada keyakinan dan usaha untuk pertahankan relay kann ?
yeahh , kalau sorang je yang cuba nak pertahankan , 
tak boleh jugak kan ? lol .
so try lah selamat kan relationship korang kayy :')

woii gila , aku rindu kau gila lah gila -.-
aku boleh jadi gila sebab kau tau gila .
conclusion -> marilah kita bergila beramai ramai kayy xD

thankyou

Tuesday, June 12, 2012

be strong like super hero


heyy , kau kata nak jadi super hero aku kan ? 
hero kena kuat weh , dan aku tahu kau kuat . sabar kay sayang :')
namoo mengarut lagi , kau akan okayy ! jangan risau .

ingat , aku akan sentiasa ada di sisi kau waktu susah senang ,
kalau boleh aku nak teman kau setiap masa weh !
malangnyaa aku dapat teman kau dari hati ke hati je , haha xD
aku akan cuba buat kau tersenyum balik , aku taknak kau sedih !
aku akan cuba faham diri kau , dan semua tentang kau yaa .
watlek watpeace watcool babehh , lol ~

gendut , aku sayang kau gilaa gilaa lah gilaa !
jangan tinggalkan aku haa , makan kaki nanti weh .
awek kau ni gangster tau -.- so take note please . bahaha !
aku tahu diri aku tak sempurna tapi aku akan pastikan cinta aku sempurna untuk kau sayang <3 InsyaAllah . meloveyoucapitalS :p

#kalau dah okay nanti , please text kita dengan segera tau ! kita taknak awak sorang sorang -.- plus , kita rindu awak sangat lah sayang :( 


ikhlas dari budak kecik ni xD





thankyou

Monday, June 11, 2012

ehem ehem ~

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia . cewahh :')
heyy , farel dah kembali ! rindu tak ? alah mesti rindu fara elya yang comel ni kan -.- cakap jela , tak payah malu malu . wahaha :D 
terserlah perasan di situ kan ? tahu dah ! lol ~


03062012


kalau dah tulis tarikh ni -.- takkan tak faham faham lagi kot ? haha .
dah empat bulan wehhh ! percaya tak , percaya tak ?
apa ?!! tak percaya ?! wehh kesah pulak aku kan :p
capital S , ikhlas dari hati aku , aku sayang kau sangat weh xD
ada hadiah untuk kau -.- sempena 4bulan ni kan . tutup mata dulu !
nahh --> dush dush dush ! hahaha kejam kan kita . gurau haa sayang :')


ehem ehem , khas untuk anda anda dan anda di luar sana ->
nak ganggu hubungan kami  ? amboi , tak malu nya lahai  *tutup muka please ! hahaha :D kalau agak agak nak makan kaki , sila lah ganggu ye -.- peace ^^
selagi kami mampu , kami akan pertahankan relay ni :')
kami akan cuba cari jalan penyelesaian tapi bukan perpisahan .
ingat satu benda je ! dah banyak halangan kitaorang lalui , tapi tak semudah tu nak pisahkan kitaorang . get it ? okay cun kawan ! hoho .



Baby I love you and I'll never let you go
But if I have a boy , I think that you should know
All the love we made , can never be erased
And I promise you that you will never be replaced


I love you , yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until..The End.. of Time


ini lah jadinya bila fara elya dah speaking kan -.- ayat nak jiwang je ! hahaha ;D
ni sebenarnya lirik lagu kay ! memang gila lah aku nak reka sendiri . english pun dapat B , ada hati nak buat ayat sendiri kan , lol .
gendut sayang , baca lirik tu haaa . aku takkan pernah rela nak lepaskan kau weh -.- dan bukan senang aku nak cari pengganti kau . so please , jangan tinggalkan aku , stay with me kay sayangg . meloveyou <3


khas untuk sayang kita yang gendut ni ! buka mata dan hati , baca elok elok haa sayang ! ehem -->


muhd syafeq , aku sayang kau sangat weh ! terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku waktu susah dan senang , terima kasih sebab dah buat hidup aku makin ceria dan bahagia , terima kasih sebab sabar dengan perangai aku , terima kasih sebab kenalkan aku apa tu cinta , terima kasih sebab hadir dalam hati aku dan terima kasih untuk segala galanya sayang :') jujur weh , aku selesa dengan kau . biarlah orang nak kacau kita , kita kena kuat tau tau ! and sorry for all my wrongdoings . yeahh sekarang ni memang aku suka sakitkan hati kau kan ? hoho maaf maaf >.< iloveyou ! lastly happy 4months dear ~




capital S , iloveyou , wo ai ni , aishiteru , saranghae <3


thankyou

Friday, May 25, 2012



heyy awakk ! haa awak lah -.-
nampak tak gambar kat atas tu ? kan ada tempat kosong kat situ ?
nahh kita nak isi tempat kosong tu dengan huruf ni -> S.Y.A.F.E.Q
jyeahhh sayangg ! omeyy je <3 kan kan ? haha .
imissyou sayang -.-

haihh kita tak tahu kenapa harini rasa macam taknak bagi  awak tidur !
tapi awak dah tertidur tadi . okay fine okay fine :'(
dan yang best nya , kita cakap tidur sekejap je . TAPI
awak hantar text kata nak bangun pukul 6 . pehh lama gila weh -.-
terus kita tak reply , hmmmm ~ 
takpe laa , awak pun selalu tunggu kita kan -> balik sekolah lambat hoho .
kali ni kita tunggu awak , tapi lama sangat wehhh !!
nanti kita rindu acanoo ? haha gedik gila #maaf maaf

awak nak tahu something tak ? err malu lah nak cakap ! hahaha :p
kita sayang awak lahh woii <3 

oh yaa , sorry for everything :') 
sayang , lepasni kalau jadi apa apa antara kita ,
trust me dear ! i'm begging you .
macam awak cakap -> "there always a way to solve problem"
so kita settle baik baik sebab kalau kita gaduh , nanti kita jadi tak sweet hee ~


ikhlas dari gemuk awak <3



thankyou

saya sayang cikgu :'(


heyy awak awak semua , assalamualaikum :)
nampak tak gambar kat atas tu ? okay dua dua tu cikgu kita .
dieorg nak pindahh !!!!! ahhh sedih gilaaa :'(
cikgu berbaju biru yg ayu tu , guru kelas dan guru bm kita tahun ni  !
yg disebelahnya pula , guru kelas kita tahun lepas dan guru sejarah kita tahun ni <3
lepasni siapa nak ajar saya bm dan sejarah :'( ahhh tidakk !
cikgu cikgu yg comel lagi ayu , kenapa cikgu pindah ?! tunggu lah saya habis spm dulu !

kepada cikgu siti khadijah -> saya rasa bangga sebab atas didikan cikgu , saya dapat bm A masa pertengahan tahun ni . terima kasih banyak banyak cikgu sebab ajar saya :') cikgu cikgu , saya nak minta maaf kalau ada salah silap sepanjang cikgu mengajar . jangan lupa kan kami (musytarian) , dan juga warga sementas ! tau tau ? kiteorg akan selalu ingat cikgu . yeahh sedih sebenarnyaa , tapi nak buat cemana kan :( kiteorg akan sentiasa doakan kebahagiaan and kejayaan cikgu . okayy ? and lagi satu , dieorg cakap cikgu pregnant :) jaga kandungan tu baik baik ye . kami harap cikgu dan anak selamat dan sentiasa sihat ! KAMI SAYANG PUAN SITI KHADIJAH YANG AYU NI <3 hehe .

cikgu aznieza -> err first saya minta maaf sebab markah sejarah saya agak teruk :( ahh maafkan saya cikgu ! takpe takpe , saya akan berusaha untuk dapat yg lebih baik lepasni . InsyaAllah . saya jugak nak minta maaf kalau sepanjang cikgu mengajar , saya ada kecilkan hati cikgu ! kita dah sama sama dari tahun lepas lagii kan ? terima kasih sebab atas berkat dan doa cikgu , saya berjaya dapat PMR . cikgu selalu nasihat kami dulu :) terima kasih cikgu . saya doakan kebahagiaan dan kejayaan cikgu kelak . jangan lupakan kami (4musytari and 3cemerlang) serta warga sementas kayy ? and semalam masa jamuan cikgu tanya saya bila nak membesar kan ? saya sedang mencuba cikgu . dalam proses -.- bahaha ! KAMI SAYANG PUAN AZNIEZA YANG CANTIK NI <3 hehe .


kehilangan cikgu berdua amat kami rasai :(
kami harap cikgu happy dan ceria selalu disamping keluarga tersayang !
jangan lupakan kami ye .
ingat lagu yg kami nyanyi semalam , khas untuk cikgu tau :') hoho .
walaupun sumbang kan , tapi ikhlas dari kami . hee ~
SAYANG CIKGU MUAH MUAH :*



ikhlas daripada fara elya 



thankyou

Saturday, May 19, 2012

I love you , not because of what you have but because of what I feels .
I care for you , not because you need care but because I want to .
I'm always here for you , not because I want you to be with me but I want to be with you <3
If I said 'Iloveyou' , i really mean it :) okayy sayang .

 he is my past , so just forget about him and stay with me , okay dear ? yeah you are number one for me , capital S . and lagi satu , bila kita dengan awak je serasi . dengan orang lain tak ! ingat tu kayy ? hoho :')


#eh kita rindu awak lah sayang , saja je taknak text and reply text ~ kita merajuk seminggu dengan awak ! seminggu je kayy -.- haha .


woii , aku sayang kau lah gendut ! faham ? muahaha kbyee <3

thankyou

Saturday, May 5, 2012



SAYANG <3

kau tahu tak mata aku boleh jadi macam mata ikan paus ?
kau tahu tak aku tengok tv dengan air mata ?
kau tahu tak aku bangun tidur je , terus menangis ?

ahhh , semua sebab aku risaukan kau ! risau gilaa tahu ? haih . aku dah tak boleh nak buat apa apa sebab asyik terfikirkan kau je . sayu hati aku weh bila kau cakap kau sakit gilaa :'(

04052012

"Feq accident"
(10:08 pm , jumaat)

Sayang , aku tak tahu dah berapa banyak kali aku text kau , misscall kau dari petang . aku risau kau tahu ? aku ingat kau tidur , tapi takkan lah lama sangat . sampai lah pukul 10 lebih , aku dapat text , dari amad tak silap aku . dia cakap kau accident . YaAllah masa tu aku dah tak fikir apa , aku terus menangis -.- reply text amad pun lambat lambat weh . sedih gilaa :'(
rupanya baru aku tahu kau accident petang tu , kena langgar kereta masa nak pegi padang . masa tu kau sorang sorang kann ? weh , lepasni aku tak bagi dah kau keluar sorang sorang ! huh . yang aku tahu tu bukan salah kau , pemandu kereta tu yang mengaku salah dia kan ? then , aku suruh amad cakap kat kau yang aku sayang kau . mula mula dia cakap kau tak bagi respons , aku dah tak senang duduk . sekali baru dia cakap kau bagi respons ! alhamdulillah :') amad ada cakap jugak , tangan kau kena simen nanti , yeah petang tu baru kau cakap kat aku yang kau taknak simen . susah nak bergerak nanti , kan sayangg ? tapi kau kena jugak ! hee ~


05052012

pukul 7 lebih macam tu , aku dah text kau ! tapi takde sorang pun reply . then pukul 9lebih cenggitu , baru amad reply weh :') TAPI dia cakap kau tak sedar lagi masa tu . lepastu pukul 10 , dapat text lagi ! dari kau sayang ! haih terharu , kau sakit sakit pun boleh text aku kan T.T
kau cakap kau tak larat , kau suruh aku text lelaki lain la , kau cakap kau nak keluar malam tu and nak teman aku , kau cakap kau sakit , then kau cakap kau tak handsome dah , kau nak motor kau balik and banyak lagi laa . then kau cakap kau nak rest . hoho xD fyi , aku akan tunggu kau sampai bila bila pun . aku taknak and takkan text lelaki lain ! and I Love You Not Because Your Face , But Your Heart Sayang <3 and kau sakit sakit pun fikir pasal motor kan ? ye aku tahu kau sayang sangat motor tu :)

pukul 12 lebih kau text balik ! yeay yeay #happy gila ! serius rindu kau sayang . haha . weh , aku tahu kau sakit . tapi kau taknak tunjuk kan ? haih -.- then kau cakap malam tu kau nak keluar hospital ! aku risau sebenarnyaaa . ergh ! tapi ayah kau pun suruh balik kan , takpe la . haa pasal nurse pulak . haha okayy kita jealous sebenarnyaa . ahh kita pun nak jaga awak woah ! tsk tsk :(  kau saja nak buat aku jealous kan ! okay okay tahu nurse tu omeyy , siap nak ajar addmath lagi kan . kfine kfine , hoho #apa apa entah aku kan ? dengan nurse pun nak jealous . adodoyy -..-  HAHAHAHA ~
weh sumpah aku terharu gilaa ! kau sakit sakit pun still nak text aku kan , taknak tinggalkan aku sorang sorang . haih , sayang kau gilaa lah weh ! and terharu jugak sebab kau sedar sedar je semalam , terus ingat aku kan ! sayang sangat lettew kat aku <3 ceh perasan je ! haha .
malam tu kau text lagi :') ahh macam macam lah benda merepek kita cakap kan -.- bahaha . sakit sakit pun boleh bergurau , kan weh ?  lol xD lepas kau keluar hospital , family and kawan kawan kau nak bawak kau pegi tengok bola . chelsea lawan semalam hee ~ tapi kau penat . dieorg ajak tengok kat rumah kau kann . dieorg nak kau happy sayang :) 

06082012

pukul 3 pagi tadi kau text aku , kau cakap kau sakit sangat . YaAllah , masa tu aku dah tak tahu nak cakap apa sayangg ! aku tak mampu nak buat apa apa , aku cuma berdoa supaya Allah kurangkan sakit kau tu . tak sanggup tengok kau sakit :'(

Sayang , aku tahu kau kuat ! aku yakin kau boleh hadapi benda ni . sakit tu hanyaa sementara ! percaya la , kau akan sembuh tak lama lagi . InsyaAllah :*

ME LOVE YOU , CAPITAL S <3

thankyou